Tuesday, October 18, 2011

Pukulan Bagi Isteri Yang Nusyuz

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM..



Tafsirnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka.”

(Surah an-Nisa: 34)


1. Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama.

2. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.

3. Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala

Tafsirnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah)mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

(Surah an-Nisa: 34)

4. Walaupun suami dibenarkan untuk memukul isteri, namun Islam juga memberi garispandu tentang cara memukul agar pukulan suami tidak mendatangkan mudharat kepada isteri, iaitu suami tidak boleh memukul isteri dengan pukulan keras, tidak boleh memukul pada wajah dan pada anggota-anggota isteri yang mudah cedera.

5. Tujuan pukulan tersebut adalah bagi maslahah suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat semula kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidak perlu.

Read more...

Hari Memperkasakan Diri

BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM...



Last post aritu bulan Mac, sekarang ni dah bulan Oktober...mana menghilang??

6 bulan tak menulis bukan bererti nak berhenti terus. Kesibukan kerja dan komitmen kepada buah hati anugerah ALLAH swt lebih diutamakan.



Bulan Jun lalu terdengar iklan dalam Suria FM tentang 'Hari Memperkasakan Diri'. Macam best je program tu. Terus Ila buka website Suria FM, mencari info tentang program tersebut. Rupanya yang mengendalikan program tu DJ Lin. Beliau sendiri akan share pengalaman sebagai ibu tunggal bersama ibu-ibu tunggal yang lain.

Tergerak hati untuk join program ni..selang beberapa hari terus dapat surat jemputan. Tapi sayangnya tak dapat pergi sebab kena hadiri mesyuarat yang lebih penting..Sehari selepas program tersebut, Harian Metro keluarkan artikel mengenai program tu. Oh, terasa sangat rugi sebab di sana lah peluang untuk mendengar pengalaman dari rakan senasib. Cukup dengan membaca artikel perkongsian tu buat Ila menitis air mata.

Merasakan diri sudah cukup malang, tetapi masih ramai ibu-ibu tunggal di luar sana yang lebih menderita hidup mereka sebelum bergelar ibu tunggal. Dulu, ibu tunggal sering dilabel dengan pelbagai panggilan negatif dan sering dipandang hina masyarakat.Sehinggakan isteri-isteri sanggup mengorbankan diri, terus-terusan menjadi mangsa, semata-mata kerana tidak sanggup bergelar JANDA.

Ila akui, peringkat permulaan bergelar ibu tunggal, memang terlalu banyak dugaan yang diterima. Namun selepas tiga tahun menjalani hidup bersama buah hati tercinta, alhamdulillah kekuatan yang ALLAH swt berikan, ditambah dengan sokongan padu baba mama dan keluarga, buatkan Ila tabah meneruskan hidup. Syukur alhamdulillah kerana mendapat pekerjaan yang dapat membantu dalam menampung keperluan kewangan hidup bersama anak tersayang.

Terbaca artikel tulisan alongwairnazz, JODOH KETENTUAN ALLAH SWT. Sangat bagus. Artikel tu Ila print dan lekatkan di dinding pejabat dan bilik. Sebagai kata-kata nasihat agar diri tidak terus hanyut menangisi ujian yang ALLAH swt berikan.

Semoga diri ini sentiasa dan terus tabah dalam menghadapi hidup mendatang. Sesungguhnya ujian ALLAH swt itu adalah pengalaman berharga bagi mereka yang tabah dan sabar menghadapinya.InshaALLAH..


Read more...

Monday, May 30, 2011

Kasih Sayang Kerana Tuhan



Oleh : Hasnul Jamal Sulaiman

Kasih Sayang Kerana Fitrah Dalam Kehidupan,
Mudah Punah Ranah,
Kasih Sayang Kerana Nafsu,
Selalunya Mudah Lesu.

Pecah Belah Pun Berlaku,
Hidup Tiada Bahagia.

Kasih Sayang Kerana Bangsa,
Tidak Sampai Penghujung Mudah Tersadung,
Kasih Sayang Kerana Tuhan,
Lama Bertahan,
Sampai Mati Pun Masih Teringatkan.

Oleh Itu Kalau Kita,
Hendak Tanamkan Kasih Sayang,
Biarlah Kerana Tuhan,
Kasih Sayang Itu Lama Bertahan,
Kerana Selainnya Hanya Tambahan,
Bukan Asas Untuk Berkasih Sayang…



Read more...

Sunday, May 29, 2011

MONOLOG HATI 2

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lgi Maha Pengasihani


Lagi kejadian mangsa ilmu hitam atau lebih senang dipanggil santau...

Innalillahiwainnailaihirajiun...Takziah untuk seorang sahabat dari Johor kerana tbaru sahaja kehilangan adik tersayang pagi tadi (masa yang tepat tak diketahui). Semalam baru kami jumpa dan beliau banyak menceritakan tentang adiknya yang sedang bertarung nyawa di wad ICU akibat perbuatan durjana seorang yang bergelar manusia.

Menurut cerita beliau, masa di x-ray seminggu lepas, jelas nampak 14 batang jarum halus dalam badan adik beliau...MasyaALLAH..lepas 'dibuang' dengan kaedah perubatan alternatif, dilakukan x-ray sekali lagi, rupa-rupanya manusia durjana itu masih tak serik-serik menghantar kembali santau (jarum) ke dalam badan adik sahabat itu...sangat kejam!

Dari semalam hingga pagi ini (sebelum dapat berita kematian adik beliau), saya asyik berfikir....

KENAPA...sanggup manusia mengamalkan ilmu hitam untuk memusnahkan hidup orang lain?

Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.
(Surah al-Baqarah ayat 168 dan 169)

Hanya kerana dengki dan sakit hati, manusia hilang panduan dan keimanan dalam diri sehingga sanggup menggunakan jalan yang salah, menyiksa mangsa sehingga ke hujung nyawa..NAUZUBILLAH...

Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim..Jauhkanlah segala perbuatan jahat (DURJANA) ini daripada hidup seluruh kaum muslimin dan muslimat yang tidak berdosa. Dan hamba bermohon gara melindungi keluarga hamba dari perbuatan khianat angkar jin, syaitan dan iblis..Ya ALLAH...amin..amin Ya Rabbalalamin...

Takziah sekali lagi kepada sahabatku sekeluarga...semoga roh arwah adik beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman..

*TAMBAHAN

Bacaan lanjut mengenai ILMU HITAM & SANTAU

1) http://terapikalamullah.blogspot.com

2) MAKHLUK HALUS MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

3) Sihir Santau

Read more...

Wednesday, May 25, 2011

Aku tinggalkan dia demi Allah..


Dengan nama Allah...
sebaik-baik Pemberi Ganjaran.
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai Adam.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita;
Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai kekasih,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu permata yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bulan yang bersinar,
Untuk itu,
Aku tinggalkan dirimu pada-Nya,
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.


Read more...

Tuesday, May 24, 2011

MONOLOG HATI 1


Melihat kebahagiaan orang lain membuatkan hati kecil ni CEMBURU...

Bukan hati ini tak pernah merasa bahagia, tapi susah untuk merasa dan menikmati kebahagiaan itu...

Seringkali diri ini membanding-bandingkan hidup sendiri dengan kehidupan orang lain. Namun, sebenarnya itu bukanlah sesuatu yang baik...

1)KENAPA...hati ini tak bahagia?

Mungkin kerana terlalu menyepikan diri dari semua orang dan kehidupan yang sebenarnya boleh membahagiakan hati ini...kerana satu..STATUS! Kerana itulah saya memilih untuk menyepikan diri...

2) BILA...hati ini akan merasa bahagia?

Satu persoalan yang sentiasa 'suara kecil' itu bertanya kepada saya. Untuk menenangkan hati ini, selalu saya ingatkan diri tentang ayat ini..

Yakinlah pada janji Allah!

"Fa innamaa'al usri yusran, inna ma'al usri yusran"
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

3)DI MANA...saya boleh mendapatkan kebahagiaan itu?

Saya tercari-cari kebahagiaan itu, namun tak saya jumpai. Bahagia terletak pada hati yang tenang. Saya perlu menenangkan hati ini terlebih dahulu..Ya Rabb..bantulah hambaMU ini...

4)SIAPA...yang boleh bantu saya untuk merasa bahagia?

Saya pernah cuba untuk berkawan/bergaul dengan ramai orang. Tapi saya tak jumpa kebahagiaan itu. Bukan salah mereka, tetapi mungkin diri saya yang tak pandai untuk menyesuaikan diri...Allahuakhbar...

5)BAGAIMANA...nak bahagia?

"Bahagia itu tidak hadir hanya dengan menunggu dan berharap. Kita yang kena berusaha membahagiakan diri sendiri" kata seorang kawan...ya,saya akan berusaha.

Semoga ALLAH swt memberi petunujukNYA kepada saya..moga kebahagiaan itu akan menjadi milik saya suatu hari nanti...amin.

Read more...

Monday, May 23, 2011

MONOLOG HATI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Mulai hari ini, nak sangat saya laksanakan apa yang dah lama saya rancang nak buat, tapi asyik tertangguh....

Saya bukanlah seorang yang banyak bercakap. Tapi saya lebih suka menjadi PEMERHATI dan kemudian fikir sampai dalam-dalam...

1) KENAPA....?
2) BILA...?
3) DI MANA...?
4) SIAPA...?
5) BAGAIMANA...?

tentang satu-satu hal...

Sambil memandu kereta, makan, buat kerja dan hampir setiap masa...dan kini saya nak terjemahkan pemerhatian saya di sini...

Saya nak cuba asah bakat menulis saya yang tak seberapa ni..dengan meluahkan apa yang saya fikir dalam post-post yang bakal saya publish nanti...

Kalau ada yang sudi, bolehlah bagi komen atau pendapat...tegur cara penulisan saya pon boleh...sanghat dialu-alukan...

Dan kini bermulalah... SIRI MONOLOG HATI....(rasmi sendirilah..)


Read more...

Sunday, May 22, 2011

Indah Hidup Bersama Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim....


Pengalaman mengajar kita erti KEHIDUPAN...
Walau sejauh mana sekalipun kita lari dari MASALAH...
Mencari KETENANGAN dalam hidup..
Mendekatkan diri kepadaNYA...
Adalah yang terbaik....

(Syila...22/05/2011..4.41 ptg)

Hijjaz (Asri Ibrahim)

Indah Hidup Bersama Ilahi

Alangkah indah hidup ini
Hidup bersama Ilahi
Kehendak Allah difahami
Pandai menerima darinya

Bijak mengunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahala
Tarbiah Allah berhikmah

Sabar dengan ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti
Merasai pemberianNya
Itulah tanda bersyukur
Akan ditambah lagi
Nikmat yang diberi

Tersiksa bermujahadah
Kerana ingin menempuh jalan
Untuk menuju Allah
Tarbiahnya Allah tunjukkan

( korus )
Tawakal kepada Ilahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan dari-Nya
Bila taqwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan

Korban harta kerana Allah
Agar berdaulat kalimatullah
Setiap satu kebajikan
Semuanya digandakan

Read more...

Sunday, March 13, 2011

Islam Itu Indah

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM


Ramai yang sentiasa menyebut "Islam Is The Way Of Life" dan "Islam Is Perfect".
Tapi sejauh mana kita menghayatinya??

Kalau kita mengakui Islam agama yang terbaik, kenapa ajarannya susah untuk kita hayati?
Bukankah sekiranya segala apa yang kita fikirkan terbaik itu akan menjadi ikutan, menjadi idola bagi kehidupan kita?

Satu contoh mudah. "Kebersihan Sebahagian Daripada Iman". Bersih dalaman dan bersih luaran.

Sepatutnya bagi mereka yang benar2 mengaku dirinya ISLAM, MUSLIM...lebih menitikberatkan hal ini daripada mereka yang bukan muslim dan yang tidak beragama. Selesakah kita kalau kita beribadat di tempat (rumah) yang kotor dan tidak terurus? Bukankah tempat yang kotor itu habitat syaitan durjana?

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

Walau sesibuk mana pun kita berdakwah, jangan abaikan tanggungjawab kita menjaga sesuatu yang menjadi sebahagian daripada iman kita. Biarlah seiring dan sejalan. Pahala berdakwah dapat, pahala menjaga kebersihan pun kita dapat.

Wallahua'lam.

Read more...

Friday, February 11, 2011

Wanita yang terbaik


Dari Abu Hurairah (RA) Rasulullah (SAW) pernah ditanya: “Siapakah wanita terbaik” (solehah)??

Jawabnya: “Ialah wanita yang menggembirakan kamu bila dilihat kepadanya dan sentiasa patuh dan taat bila disuruh, tidak menyalahinya pada dirinya dan hartanya dengan apa yang dibencinya (Hadis Riwayat Nasai dan Baihaqi).

Huraiannya:

Dalam hadis ini, Rasulullah saw menggambarkan bakal isteri yang solehah itu ialah wanita yang menawan dan pandai menggodanya. Disamping bersikap taat dan patuh kepada arahan suaminya dan tidak akan menyalahinya dalam sebarang kemahuannya (yang tidak bertentangan dengan agama) dalam pergaulan dan perbelanjaan hartanya. Itulah wanita solehah yang harus menjadi pilihan hati kaum lelaki.

Kesimpulannya:

Wanita terbaik bakal wanita pilihan itu ialah wanita yang solehah iaitu mereka menarik pandangan suami dan sentiasa taat dan mengikut kehendak suaminya.

Read more...

Thursday, February 10, 2011

Subhanallah...

ENAM PERKARA YANG ALLAH swt SEMBUNYIKAN



* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).


* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Read more...

Sunday, February 6, 2011

Sangat Menyukainya....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...



Assalamualaikum..wah,dah lame tak update blog ni. Maaf yer..cik ila bz sket (nglahkan PM lak)..

Aritu, mase duk meronda kat bandar, cik ila dengar satu lagu ni. wah!!! sgt best....


Ni la lagunye...SENYUM..ceria je lagunye...buatkan cik ila tersenyum sendiri...


Lirik Senyum – Malique & Najwa

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

Jom kita senyum ramai-ramai...moga dunia kita sentiasa ceria...

Senyum
Tak perlu kata apa-apa

Read more...

Monday, January 31, 2011

Info Sihat

Sembelit Di Kalangan Kanak-kanak

Info Sihat

Read more...

Monday, January 24, 2011

Mencari Sesuatu Yang Mendamaikan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


KEDAMAIAN...susah ke nak carinya???

“Kedamaian”; refers in Sanskrit to the state of the soul. Harmony with the self, nature and the environment are considered in this reference and both intrinsically and extrinsically realised.(http://kedamaian.wikispaces.com/)

Kedamaian = ketenangan = hati yang gembira????

Petikan daripada iLuvislam.com

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Moralnya : Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...


Read more...

Tuesday, January 18, 2011

Aku Nak....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Aku nak....
Hidup yang TENANG
Tapi...
Jiwaku sering tidak tenteram

Aku nak....
Jadi anak yang solehah
Tapi...
Aku rasa aku bukan anak yang baik

Aku nak....
Keluarga yang bahagia
Tapi...
Ketentuan ALLAH, hanya sementara

Aku nak...
Ade ramai kawan
Tapi...
Aku pendiam

Aku nak...
Sedekahkan senyuman pada orang sekeliling
Tapi...
Hatiku sentiasa gundah

Aku nak...
Dekat pada ALLAH
Tapi...
Aku sering lalai

Ya ALLAH..Hamba pohon, berikanlah segala apa yang terbaik di sisiMU kepadaku...amin ya rabbal alamin....


Read more...

Monday, January 17, 2011

KATA-KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN (BHG. 2)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah WallahuAkhbar....



Saidina Umar Al-Khatab Radhiaallahu Anhu berkata:

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

4. Barang siapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada ALLAH swt kerana masih memberi kita peluang untuk HIDUP!!



Read more...

Sunday, January 16, 2011

KATA-KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN (BHG. 1)

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM



Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu :

1 . Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya

2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim

3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula

4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

NAUZUBILLAHIMINZALIK....



Read more...

Thursday, January 13, 2011

Dunia Tanpa Sempadan

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM....


Sejauh mana DUNIA TANPA SEMPADAN yang dihiasi bunga-bunga teknologi yang canggih mempengaruhi hidup anda????


Salam sahabat blogger...Salam Khamis yang penuh kebahagiaan kerana esok bakal kita bertemu dengan Jumaat, Penghulu segala hari....insyaALLAH...

Hari ni cIK iLA cam skema sket menulis...bukan sbb dah kene tego dek cikgu disiplin. Tp sbb terkejut ngan penemuan cIK iLA pagi ni....

Berapa ramai antara kita yang betul2 addicted (ketagih) ngan INTERNET???? Angkat kaki..ops....

OoooOOO...tanak ngaku yer...xpe2...jom kita tengok tanda2 orang yg KETAGIHAN internet ni (or dlm bahasa budak2 zaman skrg TENET)....

1. Pagi2, celik je mata, trus 'on' lappy or pc (gosok gigi pon tak..solat subuh lagi la....isk..isk..)

2. Kalo makan, mesti makan depan lappy or pc (kalo tak xkenyang makan punye..budaya makan bersama satu kuarga pon dah lama tertinggal kat belakang)

3. Sanggup pokai semata-mata nak beli henpon canggih semata-mata nak 'online anywhere' (mst yang blh pakai wifi sbb benti je kat mane2 'fast food', blh trus 'online')

4. Cuba ler sahabat2 tuliskan ape lagi yang terbuku kat jantung korang tu.....luahkan..hehe


Read more...

Tuesday, January 11, 2011

Kawen Bawah Umur???

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Salam sahabat blogger....

Best jugak topik perbincangan pagi kat IKIM.FM arini...KAWEN BAWAH UMUR...


Apa kata anda???





Kalo kawen bawah umur ni rasanya byk buruknya daripada baiknya....lainlah kalo topik ditukar kpd KAWEN MUDA...banyak kebaikkannya.

Pernah dalam satu kenyataan akhbar tu, Menteri Pendidikan menyatakan remaja perempuan yang kawen di bawah umur diminta berhenti sekolah. Isk..kesian la. Para ibu bapa perlu fikir tentang ini...

Cuba baca artikel ni...KLIK SINI

Bukanlah HARAM atau langsung tidak dibolehkan..tp bglah peluang anak2 kita, generasi yang bakal jadi pemimpin negara masa depan, penuhkan ilmu tentang keibubapaan n kekeluargaan dahulu sblm membentuk sebuah keluarga.


Dibimbangi angka perceraian akan bertambah akibat daripada keruntuhan rumahtangga yang dibina tanpa kurangnya persediaan dan ilmu dlm rumahtangga tu....


Read more...

Saturday, January 8, 2011

My 2nd Awards...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Salam mek2 n awe2 bloggers...

Uhuk..uhuk..Demam selsema pulak di hujung minggu yang indah ini..skali lagi mendapat ujian ALLAH swt. Moga2 diriku tabah menghadapi ujian ini....insyaALLAH.

Pagi ni bukak blog, terus cIK iLA tersenyum..meleret2 smpi ke telinga...cIK iLA dpt award lagi....ni dia award tu....comey lotey...





Arigato gozaimas..syukran kat CIK SYARAFINA sbb sudi bg awod yg comey lotey ni kat cIK iLA....

Prasyarat tuk amik awod ni...cIK iLA kne la jwb soklan2 yg CIK SYARAFINA kita sediakan....ni cIK iLA jwb sejujur n seikhlas ati ni...ehehe...

1. Apa yang buatkan kamu mula berblogging?

hmm...best gak soklan ni...cIK iLA start berblogging ni pd tarikh 13 Mei 2010. Baru ag. Saat tu jugak la cIK iLA MENDEACTIVATED akaun mukabuku cIK iLA. nak merasa dunia blog plak. dan smpi ler skrg cIK iLA melupakan mukabuku & setia bersama www.denyutcintaagri.blogspot.com ni...

2. Kamu rasa, apa perubahan blog kamu dari dulu sampai sekarang?

hmmm...ape yer. mgkin isi blog yg cIK Ila tuis ni makin 'dewasa'. yer la,dulu baru2 mula, tulis pon ntah ape2 ntah. skrg ni lbh kpd pndgan cIK iLA yg terbuku diminda & cIK iLA luahkn kat cni...

3. Apa yang kamu suka pasal syarafina zaini atau http://ceritasyarafina.blogspot.com nih?

suka sbb background dia wrna puluper la...i lioke puluper (purpel). lmbg keibuan org kata..lembut...crita2 CIK SYARAFINA pown best gak...

4. Tag sekurang-kurangnya 3 rakan blogger yang setia...

a) mdzulhaizer
b) jamban
c) cik mimiey

okeh siap...

kepada yg dah ditag tu..jwb ler jugak soklan di atas....silakan amik award tu yeah...

Read more...

Thursday, January 6, 2011

Ya ALLAH Aku Jatuh Cinta

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Salam kesejukan mek2 n awe2 blogger...huhuhuHUJAN! tu yg sejuk tu...

Semalam sempat ag cIK iLA kuar meredah hujan pi beli buku tuk dibaca..isi masa lapang la katakan...

Ni dia bukunya....

Ya Allah, Aku Jatuh Cinta

Ape la yang best sgt sal buku ni..????

Eh..BANYAKKKKKK....

Sedikit sinopsis sal buku yg besh nih....

"Ya Allah, Aku Jatuh Cinta" Bilakah anda mula merasakan cinta? Dulu, sekarang atau baru saja sebelum membaca buku ini? Boleh jadi jawapan anda bermacam-macam kerana jatuh cinta banyak ceritanya. Siapapun yang bernafas di atas muka bumi Tuhan ini, tidak berkecuali sangat berpotensi terkena sengatan cinta.

Penulis dia orang INDONESIA... Burhan Sodiq (Dah beristeri nih...)

Masa mula2 tgk buku ni, angkat letak angkat letak..maklumlah rasa macam tak sesuai...dah ler takde org nak..berangan nak jatuh cinta pulak..hish...cukuplah CINTA PADA YANG MAHA ESA... smileeeee....

Buku ni xjugak terlalu fokus pada yang tengah bercinta. Sesuai jugak pada yg sedang mencari cinta n yang baru putus cinta.....

Ringkasnya...Buku ni memberi panduan pada kita utk...
"MENGELOLA CINTA TANPA DISELUBUNGI DOSA"

Jom baca buku ni sama2...boleh dapatkan kat kedai2 buku berhampiran..

Cepat!!! Sbb buku ni most wanted tau...

Selamat membaca n menghayati buku ni....


Read more...

Monday, January 3, 2011

AZAM YG TAK TERCAPAI..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



Rasanya tak jauh ag cIK iLA ditinggal dek keretapi TAHUN BARU masihi ni..SELAMAT TAHUN BARU 2011 tuk semua sahabat2 blog ni (yg terfollow @ tak)...


Kita baru je sambut 1 MUHARRAM 1432 (kalo tak silap cIK iLA) 28 hari lepas..mgkin haritu ade shbt2 dah start buat AZAM baru...GOOD JOB!!!

Cakap sal AZAM ni...(pames la pulak yg bernama AZAM tu..)..sebelum bina yg baru, mcm mane ngan azam shbt yang lepas..(soklan objektif..)..pilih satu je..(jawab lam comment)
a) Belum tercapai
b) Sedang meneruskan usaha tuk mencapai
c) HANCUSSSSSS....(berkubur sudah)
d) Dah tercapai..ALHAMDULILLAH

cIK iLA??? ehehe..separuh tercapai..separuh ag...cIK iLA xmao la kuburkan..nk teruskan jugak...yang baru pon cIK iLA try nak capai..insyaALLAH...

AZAM TAHUN BARU....

"Saya nak jadi manusia yang lebih baik dari sebelum ni.InsyaALLAH"

Eh..eh..sblm ni cIK iLA bukannye tak baik..cuma nakal sket je...solat pon tak istiqamah di awal waktu...pasni nk try jugak solat awal waktu...insyaALLAH...

Cite la sket kat cIK iLA...

1)Ape AZAM shbt yang tak @ belum tercapai tu...then

2)Ape AZAM tahun baru yg nak sgt shbt2 capai tu...??


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...