Tuesday, October 18, 2011

Pukulan Bagi Isteri Yang Nusyuz

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM..



Tafsirnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka.”

(Surah an-Nisa: 34)


1. Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama.

2. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.

3. Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala

Tafsirnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah)mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

(Surah an-Nisa: 34)

4. Walaupun suami dibenarkan untuk memukul isteri, namun Islam juga memberi garispandu tentang cara memukul agar pukulan suami tidak mendatangkan mudharat kepada isteri, iaitu suami tidak boleh memukul isteri dengan pukulan keras, tidak boleh memukul pada wajah dan pada anggota-anggota isteri yang mudah cedera.

5. Tujuan pukulan tersebut adalah bagi maslahah suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat semula kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidak perlu.

Read more...

Hari Memperkasakan Diri

BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM...



Last post aritu bulan Mac, sekarang ni dah bulan Oktober...mana menghilang??

6 bulan tak menulis bukan bererti nak berhenti terus. Kesibukan kerja dan komitmen kepada buah hati anugerah ALLAH swt lebih diutamakan.



Bulan Jun lalu terdengar iklan dalam Suria FM tentang 'Hari Memperkasakan Diri'. Macam best je program tu. Terus Ila buka website Suria FM, mencari info tentang program tersebut. Rupanya yang mengendalikan program tu DJ Lin. Beliau sendiri akan share pengalaman sebagai ibu tunggal bersama ibu-ibu tunggal yang lain.

Tergerak hati untuk join program ni..selang beberapa hari terus dapat surat jemputan. Tapi sayangnya tak dapat pergi sebab kena hadiri mesyuarat yang lebih penting..Sehari selepas program tersebut, Harian Metro keluarkan artikel mengenai program tu. Oh, terasa sangat rugi sebab di sana lah peluang untuk mendengar pengalaman dari rakan senasib. Cukup dengan membaca artikel perkongsian tu buat Ila menitis air mata.

Merasakan diri sudah cukup malang, tetapi masih ramai ibu-ibu tunggal di luar sana yang lebih menderita hidup mereka sebelum bergelar ibu tunggal. Dulu, ibu tunggal sering dilabel dengan pelbagai panggilan negatif dan sering dipandang hina masyarakat.Sehinggakan isteri-isteri sanggup mengorbankan diri, terus-terusan menjadi mangsa, semata-mata kerana tidak sanggup bergelar JANDA.

Ila akui, peringkat permulaan bergelar ibu tunggal, memang terlalu banyak dugaan yang diterima. Namun selepas tiga tahun menjalani hidup bersama buah hati tercinta, alhamdulillah kekuatan yang ALLAH swt berikan, ditambah dengan sokongan padu baba mama dan keluarga, buatkan Ila tabah meneruskan hidup. Syukur alhamdulillah kerana mendapat pekerjaan yang dapat membantu dalam menampung keperluan kewangan hidup bersama anak tersayang.

Terbaca artikel tulisan alongwairnazz, JODOH KETENTUAN ALLAH SWT. Sangat bagus. Artikel tu Ila print dan lekatkan di dinding pejabat dan bilik. Sebagai kata-kata nasihat agar diri tidak terus hanyut menangisi ujian yang ALLAH swt berikan.

Semoga diri ini sentiasa dan terus tabah dalam menghadapi hidup mendatang. Sesungguhnya ujian ALLAH swt itu adalah pengalaman berharga bagi mereka yang tabah dan sabar menghadapinya.InshaALLAH..


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...