Sunday, March 13, 2011

Islam Itu Indah

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM


Ramai yang sentiasa menyebut "Islam Is The Way Of Life" dan "Islam Is Perfect".
Tapi sejauh mana kita menghayatinya??

Kalau kita mengakui Islam agama yang terbaik, kenapa ajarannya susah untuk kita hayati?
Bukankah sekiranya segala apa yang kita fikirkan terbaik itu akan menjadi ikutan, menjadi idola bagi kehidupan kita?

Satu contoh mudah. "Kebersihan Sebahagian Daripada Iman". Bersih dalaman dan bersih luaran.

Sepatutnya bagi mereka yang benar2 mengaku dirinya ISLAM, MUSLIM...lebih menitikberatkan hal ini daripada mereka yang bukan muslim dan yang tidak beragama. Selesakah kita kalau kita beribadat di tempat (rumah) yang kotor dan tidak terurus? Bukankah tempat yang kotor itu habitat syaitan durjana?

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

Walau sesibuk mana pun kita berdakwah, jangan abaikan tanggungjawab kita menjaga sesuatu yang menjadi sebahagian daripada iman kita. Biarlah seiring dan sejalan. Pahala berdakwah dapat, pahala menjaga kebersihan pun kita dapat.

Wallahua'lam.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...