Thursday, May 27, 2010

Kehidupan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...

"Dah namanya manusia, ada la perasaan x puas hatinya tu"

Kenapa mesti jadi gini??? Ketidakpuasan hati mst timbul dlm diri setiap yg bgelar hamba ALLAH swt...tidak puas hati ngan kedudukan, pangkat, kengkawan, adik beradik dll...sshnya nk mendidik jiwa supaya berSYUKUR dgn apa yg kita ada..xyah la nk dengki ngan org lain...xtenang hidup kita.....

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah dari hasad, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."

Tak cukup dgn dengki, disampaikan pula cerita2 yang xbetul (fitnah) kpd orang lain memperkata tntang org yang didengkinya itu..nauzubillah..bukankah keadaan ini akan menjadi bertambah buruk??? Kesannya..sudah tntu pada si mangsa...

Sama2 lah kita menjauhi keburukan...hiduplah dalam suasana yang tenang...barulah aman.. peace!!!
Read more...

Tuesday, May 18, 2010

Janji..

Memungkiri janji = MUNAFIK


Jangan la suka buat janji kalo kita rs diri kita xmampu nk tunaikan janji tu..bila kita berjanji kita buatkan seseorg tu berharap pada kita...berharap moga apa yg dijanjikan ditunaikan...hmm..sian org tu.

(4:142)Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.(menipu Allah tanpa disedari; malas untuk bersolat)


Berdasarkan hadits, Nabi Muhammad SAW mengatakan :"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya" (HR. Bukhari dan Muslim).

Ada 29 ayat semuanya dalam Al-Quran yang mengandungi kalimah Munafik..azab orang munafik ni...akan dilaknati ALLAH swt pada hari akhirat nti...dgn azab yang sgt pedih..nauzubillah...

Sama-sama kita menjauhi sifat munafik...beranilah berkata benar walau kita tau ianya pahit sgt...kalo kita xmampu nak melaksanakan janji atau sebarang perkara,bilang saja 'maaf,saya tidak mampu tuk tunaikannya'...'kita hanya merancang..ALLAH jua yang menentukan segalanya'...dll alasan..yang selamat dan halal disisi agama.. =)


Read more...

Keluarga Saya

KELUARGA BAHAGIA

Masih ingat lagi tak masa di sekolah rendah dulu..(zaman muda2 dl la)..cikgu pernah suruh kita tulis karangan 'Keluarga Saya'..bestkan mengarang masa tu..buat karangan tentang keluarga sendiri, orang2 yang paling kita sayang..yang sentiasa bersama kita tak kira kita sdg bersuka ria atau bermuram durja...dan part yang paling best adalah bila kita nak cerita tentang diri kita..'saya merupakan anak kedua daripada 6 orang adik beradik. Mama dan baba sangat syangkan saya. Mereka selalu belikan saya gula-gula dan aiskrim..bla..bla...' Ibaratnya kitalah anak yang paling Mak dan Ayah kita sayang...

Sangat bahagiakan bila kita hidup dalam keluarga yang bahagia..hati tenang, senang dan gembira sentiasa. Buat apa pn mesti ok smuanya..Di sinilah timbulnya ungkapan "Rumahku Syurgaku"..nak aje duduk kat umah tu..lepak2 ngan family..dah xreti dah lepak kat shopping complex, bus stand dll...bestnye kan...
Sahabat sekalian..susah ke nak membentuk KELUARGA BAHAGIA???

Macam mana nak membentuk keluarga bahagia?? Asas kepada persoalan ini adalah..pastikan sekurang-kurangnya dua waktu solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan...punyalah besar peranan solat dalam pembentukan keluarga bahagia..solat kan tiang agama.. =) Kalau lah kita tengok contoh sebuah rumah, tanpa tiang,xkan boleh berdiri tegak n dengan gahnya..mcm tu jugak la sesebuah keluarga..Di sini peranan ibu dan ayah sangat penting kan??? Kerana merekalah asas pembentukan 'KELUARGA BAHAGIA'.

TIP UNTUK MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA (UTK AYAH, IBU DAN ANAK2)

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. (FOKUS = AYAH&IBU)

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.(FOKUS = AYAH&IBU)

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.(FOKUS = AYAH&IBU)

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.(FOKUS = AYAH&IBU)

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.(FOKUS = AYAH&IBU)

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.(FOKUS = AYAH&IBU)

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.(FOKUS = AYAH&IBU)

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.(FOKUS = AYAH)

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar ! dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).(FOKUS = AYAH)

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.(FOKUS = AYAH)

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.(FOKUS = AYAH)

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terlibatt dengan jualan langsung.(FOKUS = IBU)

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.(FOKUS = AYAH, IBU & ANAK2)

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.(FOKUS = IBU)

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.(FOKUS = IBU)

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.(FOKUS = IBU)

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.(FOKUS = AYAH&IBU)

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.(FOKUS = AYAH&IBU)

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.(FOKUS = AYAH&IBU)

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
(FOKUS = AYAH, IBU & ANAK2)

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.(FOKUS = AYAH)

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.(FOKUS = AYAH, IBU & ANAK2)

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.(FOKUS = AYAH&IBU)


Sahabat2..bersamalah kita membentuk keluarga yang bahagia..bermula dari saat ini. Sayangi keluarga kita..tanpa keluarga..hidup kita pasti xbermakna.. =)

Read more...

Senyuman...


Senyum seindah suria yang membawa cahaya..senyumlah dari hati hati..duniamu berseri.. =)

Bila kita tersenyum...orang mesti kata kita sedang 'hepi'..tp bermaknakah senyuman yang tak ikhlas dari hati?? sekadar senyum terpaksa..

Bagi sorang pesakit..senyuman seorang doktor amat bermakna bagi mereka. Melihat doktor tensenyum pasti dapat menghilangkan segala kesakitan yang ditanggung..besar sungguh peranan senyuman sorang doktor..dapat pahala 'free2' plak tu..xpayah bayar.

Tu senyuman sorang doktor 'manusia' kepada pesakitnya..mcm mana plak senyuman 'doktor pokok' mcm syila nih??hmm...mst boleh buatkan pokok2 yang hampir mati tu segar kembali kan??huh..memang!


Para saintis mendapati, senyum dan ketawa merupakan 'senaman dalaman' yang dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan hormon-hormon. Badan juga turut 'tersenyum' menganggap kita dalam mood gembira.

Bestnye kan kalo la hari2 boleh senyum dengan IKHLAS..semua orang pon mst nk dekat ngan kita kan?? Kalo ade masalah pon tetap tersenyum...besh..besh...
Read more...

Monday, May 17, 2010

Syukur...



JADILAH ORANG YANG BERSYUKUR....

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita.

Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu.

Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.

Fikir, renung, timbang dan muhasabah lah diri.
Read more...

Thursday, May 13, 2010

Cinta Pada Yang Maha ESA

Bila Diri Disayangi - Ukays

Penyanyi: Ukays

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir
(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
Read more...

Tazkirah

Bahaya barah maksiat batin


"BANYAK konflik berlaku, sudah hendak kiamatlah," , Semua tidak kena satu pihak salahkan pihak yang lain begitulah sebaliknya.

Adakah kita sedang berkonflik atau mungkin mengharunginya dengan perasaan yang melukakan?

Terdapat banyak punca berlaku konflik, antaranya sifat hati yang kotor. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah hati."

Hati kotor ini akan berjangkit dalam bentuk emosi yang akhirnya akan melakukan tindakan tidak rasional. Inilah yang dinamakan dengan maksiat batin. Di sini timbul seribu satu perangai negatif yang akhirnya akan menjurus kepada berlakunya konflik.

Antara maksiat batin itu seperti:

1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.
2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.
3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.
4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.
5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.
6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.
7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.

Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:
• Bercakap banyak
• Suka marah-marah
• Berhasad dengki
• Bakhil
• Suka bermegah-megah
• Sombong dan takbur dengan diri sendiri
• Cintakan dunia
• Suka memfitnah
• Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna
• Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian dan sanjungan dari orang lain.

Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik.

Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhuwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat.

Segala perbuatan yang dikira itu akan merendahkan keegoan yang bersarang dalam nafsu kita dan Insya-Allah akan mengurangkan konflik.
Read more...

Berdoalah...Hanya PadaNYA Kita Mohon Pertolongan



Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa ketika dukacita dan sedih



Maksudnya :

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.



Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.
Read more...

Bermulanya di sini.....

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah...syukur kehadrat ILAHI,akhirnya cita-cita untuk nk ada blog sendiri akhirnya tercapai. Sedikit demi sedikit ilmu dikutip. Walaupun masih terlalu mentah dalam alam blog ni, insyaALLAH sy akan cuba sebaik mungkin buatkan blog ni informatif kepada semua sahabat yang berminat mengikuti dan berkongsi ilmu yg sy paparkan. Dialu-alukan jugak teguran dan pandangan yang positif dari sahabat sekalian.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada segala ilmu yang dapat dikongsikan bersama dalam blog 'Denyut Cinta Agri' ini...insyaALLAH.

Salam perkenalan dari saya...
SyilAdlin...Denyut Cinta Agri =)
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...