Tuesday, May 18, 2010

Home » Keluarga Saya

Keluarga Saya

KELUARGA BAHAGIA

Masih ingat lagi tak masa di sekolah rendah dulu..(zaman muda2 dl la)..cikgu pernah suruh kita tulis karangan 'Keluarga Saya'..bestkan mengarang masa tu..buat karangan tentang keluarga sendiri, orang2 yang paling kita sayang..yang sentiasa bersama kita tak kira kita sdg bersuka ria atau bermuram durja...dan part yang paling best adalah bila kita nak cerita tentang diri kita..'saya merupakan anak kedua daripada 6 orang adik beradik. Mama dan baba sangat syangkan saya. Mereka selalu belikan saya gula-gula dan aiskrim..bla..bla...' Ibaratnya kitalah anak yang paling Mak dan Ayah kita sayang...

Sangat bahagiakan bila kita hidup dalam keluarga yang bahagia..hati tenang, senang dan gembira sentiasa. Buat apa pn mesti ok smuanya..Di sinilah timbulnya ungkapan "Rumahku Syurgaku"..nak aje duduk kat umah tu..lepak2 ngan family..dah xreti dah lepak kat shopping complex, bus stand dll...bestnye kan...
Sahabat sekalian..susah ke nak membentuk KELUARGA BAHAGIA???

Macam mana nak membentuk keluarga bahagia?? Asas kepada persoalan ini adalah..pastikan sekurang-kurangnya dua waktu solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan...punyalah besar peranan solat dalam pembentukan keluarga bahagia..solat kan tiang agama.. =) Kalau lah kita tengok contoh sebuah rumah, tanpa tiang,xkan boleh berdiri tegak n dengan gahnya..mcm tu jugak la sesebuah keluarga..Di sini peranan ibu dan ayah sangat penting kan??? Kerana merekalah asas pembentukan 'KELUARGA BAHAGIA'.

TIP UNTUK MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA (UTK AYAH, IBU DAN ANAK2)

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. (FOKUS = AYAH&IBU)

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.(FOKUS = AYAH&IBU)

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.(FOKUS = AYAH&IBU)

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.(FOKUS = AYAH&IBU)

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.(FOKUS = AYAH&IBU)

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.(FOKUS = AYAH&IBU)

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.(FOKUS = AYAH&IBU)

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.(FOKUS = AYAH)

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar ! dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).(FOKUS = AYAH)

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.(FOKUS = AYAH)

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.(FOKUS = AYAH)

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terlibatt dengan jualan langsung.(FOKUS = IBU)

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.(FOKUS = AYAH, IBU & ANAK2)

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.(FOKUS = IBU)

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.(FOKUS = IBU)

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.(FOKUS = IBU)

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.(FOKUS = AYAH&IBU)

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.(FOKUS = AYAH&IBU)

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.(FOKUS = AYAH&IBU)

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
(FOKUS = AYAH, IBU & ANAK2)

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.(FOKUS = AYAH)

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.(FOKUS = AYAH, IBU & ANAK2)

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.(FOKUS = AYAH&IBU)


Sahabat2..bersamalah kita membentuk keluarga yang bahagia..bermula dari saat ini. Sayangi keluarga kita..tanpa keluarga..hidup kita pasti xbermakna.. =)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...