Tuesday, May 24, 2011

Home » MONOLOG HATI 1

MONOLOG HATI 1


Melihat kebahagiaan orang lain membuatkan hati kecil ni CEMBURU...

Bukan hati ini tak pernah merasa bahagia, tapi susah untuk merasa dan menikmati kebahagiaan itu...

Seringkali diri ini membanding-bandingkan hidup sendiri dengan kehidupan orang lain. Namun, sebenarnya itu bukanlah sesuatu yang baik...

1)KENAPA...hati ini tak bahagia?

Mungkin kerana terlalu menyepikan diri dari semua orang dan kehidupan yang sebenarnya boleh membahagiakan hati ini...kerana satu..STATUS! Kerana itulah saya memilih untuk menyepikan diri...

2) BILA...hati ini akan merasa bahagia?

Satu persoalan yang sentiasa 'suara kecil' itu bertanya kepada saya. Untuk menenangkan hati ini, selalu saya ingatkan diri tentang ayat ini..

Yakinlah pada janji Allah!

"Fa innamaa'al usri yusran, inna ma'al usri yusran"
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

3)DI MANA...saya boleh mendapatkan kebahagiaan itu?

Saya tercari-cari kebahagiaan itu, namun tak saya jumpai. Bahagia terletak pada hati yang tenang. Saya perlu menenangkan hati ini terlebih dahulu..Ya Rabb..bantulah hambaMU ini...

4)SIAPA...yang boleh bantu saya untuk merasa bahagia?

Saya pernah cuba untuk berkawan/bergaul dengan ramai orang. Tapi saya tak jumpa kebahagiaan itu. Bukan salah mereka, tetapi mungkin diri saya yang tak pandai untuk menyesuaikan diri...Allahuakhbar...

5)BAGAIMANA...nak bahagia?

"Bahagia itu tidak hadir hanya dengan menunggu dan berharap. Kita yang kena berusaha membahagiakan diri sendiri" kata seorang kawan...ya,saya akan berusaha.

Semoga ALLAH swt memberi petunujukNYA kepada saya..moga kebahagiaan itu akan menjadi milik saya suatu hari nanti...amin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...