Tuesday, October 18, 2011

Pukulan Bagi Isteri Yang Nusyuz

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM..



Tafsirnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka.”

(Surah an-Nisa: 34)


1. Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama.

2. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.

3. Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala

Tafsirnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah)mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

(Surah an-Nisa: 34)

4. Walaupun suami dibenarkan untuk memukul isteri, namun Islam juga memberi garispandu tentang cara memukul agar pukulan suami tidak mendatangkan mudharat kepada isteri, iaitu suami tidak boleh memukul isteri dengan pukulan keras, tidak boleh memukul pada wajah dan pada anggota-anggota isteri yang mudah cedera.

5. Tujuan pukulan tersebut adalah bagi maslahah suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat semula kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidak perlu.

Read more...

Hari Memperkasakan Diri

BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM...



Last post aritu bulan Mac, sekarang ni dah bulan Oktober...mana menghilang??

6 bulan tak menulis bukan bererti nak berhenti terus. Kesibukan kerja dan komitmen kepada buah hati anugerah ALLAH swt lebih diutamakan.



Bulan Jun lalu terdengar iklan dalam Suria FM tentang 'Hari Memperkasakan Diri'. Macam best je program tu. Terus Ila buka website Suria FM, mencari info tentang program tersebut. Rupanya yang mengendalikan program tu DJ Lin. Beliau sendiri akan share pengalaman sebagai ibu tunggal bersama ibu-ibu tunggal yang lain.

Tergerak hati untuk join program ni..selang beberapa hari terus dapat surat jemputan. Tapi sayangnya tak dapat pergi sebab kena hadiri mesyuarat yang lebih penting..Sehari selepas program tersebut, Harian Metro keluarkan artikel mengenai program tu. Oh, terasa sangat rugi sebab di sana lah peluang untuk mendengar pengalaman dari rakan senasib. Cukup dengan membaca artikel perkongsian tu buat Ila menitis air mata.

Merasakan diri sudah cukup malang, tetapi masih ramai ibu-ibu tunggal di luar sana yang lebih menderita hidup mereka sebelum bergelar ibu tunggal. Dulu, ibu tunggal sering dilabel dengan pelbagai panggilan negatif dan sering dipandang hina masyarakat.Sehinggakan isteri-isteri sanggup mengorbankan diri, terus-terusan menjadi mangsa, semata-mata kerana tidak sanggup bergelar JANDA.

Ila akui, peringkat permulaan bergelar ibu tunggal, memang terlalu banyak dugaan yang diterima. Namun selepas tiga tahun menjalani hidup bersama buah hati tercinta, alhamdulillah kekuatan yang ALLAH swt berikan, ditambah dengan sokongan padu baba mama dan keluarga, buatkan Ila tabah meneruskan hidup. Syukur alhamdulillah kerana mendapat pekerjaan yang dapat membantu dalam menampung keperluan kewangan hidup bersama anak tersayang.

Terbaca artikel tulisan alongwairnazz, JODOH KETENTUAN ALLAH SWT. Sangat bagus. Artikel tu Ila print dan lekatkan di dinding pejabat dan bilik. Sebagai kata-kata nasihat agar diri tidak terus hanyut menangisi ujian yang ALLAH swt berikan.

Semoga diri ini sentiasa dan terus tabah dalam menghadapi hidup mendatang. Sesungguhnya ujian ALLAH swt itu adalah pengalaman berharga bagi mereka yang tabah dan sabar menghadapinya.InshaALLAH..


Read more...

Monday, May 30, 2011

Kasih Sayang Kerana Tuhan



Oleh : Hasnul Jamal Sulaiman

Kasih Sayang Kerana Fitrah Dalam Kehidupan,
Mudah Punah Ranah,
Kasih Sayang Kerana Nafsu,
Selalunya Mudah Lesu.

Pecah Belah Pun Berlaku,
Hidup Tiada Bahagia.

Kasih Sayang Kerana Bangsa,
Tidak Sampai Penghujung Mudah Tersadung,
Kasih Sayang Kerana Tuhan,
Lama Bertahan,
Sampai Mati Pun Masih Teringatkan.

Oleh Itu Kalau Kita,
Hendak Tanamkan Kasih Sayang,
Biarlah Kerana Tuhan,
Kasih Sayang Itu Lama Bertahan,
Kerana Selainnya Hanya Tambahan,
Bukan Asas Untuk Berkasih Sayang…



Read more...

Sunday, May 29, 2011

MONOLOG HATI 2

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lgi Maha Pengasihani


Lagi kejadian mangsa ilmu hitam atau lebih senang dipanggil santau...

Innalillahiwainnailaihirajiun...Takziah untuk seorang sahabat dari Johor kerana tbaru sahaja kehilangan adik tersayang pagi tadi (masa yang tepat tak diketahui). Semalam baru kami jumpa dan beliau banyak menceritakan tentang adiknya yang sedang bertarung nyawa di wad ICU akibat perbuatan durjana seorang yang bergelar manusia.

Menurut cerita beliau, masa di x-ray seminggu lepas, jelas nampak 14 batang jarum halus dalam badan adik beliau...MasyaALLAH..lepas 'dibuang' dengan kaedah perubatan alternatif, dilakukan x-ray sekali lagi, rupa-rupanya manusia durjana itu masih tak serik-serik menghantar kembali santau (jarum) ke dalam badan adik sahabat itu...sangat kejam!

Dari semalam hingga pagi ini (sebelum dapat berita kematian adik beliau), saya asyik berfikir....

KENAPA...sanggup manusia mengamalkan ilmu hitam untuk memusnahkan hidup orang lain?

Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.
(Surah al-Baqarah ayat 168 dan 169)

Hanya kerana dengki dan sakit hati, manusia hilang panduan dan keimanan dalam diri sehingga sanggup menggunakan jalan yang salah, menyiksa mangsa sehingga ke hujung nyawa..NAUZUBILLAH...

Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim..Jauhkanlah segala perbuatan jahat (DURJANA) ini daripada hidup seluruh kaum muslimin dan muslimat yang tidak berdosa. Dan hamba bermohon gara melindungi keluarga hamba dari perbuatan khianat angkar jin, syaitan dan iblis..Ya ALLAH...amin..amin Ya Rabbalalamin...

Takziah sekali lagi kepada sahabatku sekeluarga...semoga roh arwah adik beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman..

*TAMBAHAN

Bacaan lanjut mengenai ILMU HITAM & SANTAU

1) http://terapikalamullah.blogspot.com

2) MAKHLUK HALUS MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

3) Sihir Santau

Read more...

Wednesday, May 25, 2011

Aku tinggalkan dia demi Allah..


Dengan nama Allah...
sebaik-baik Pemberi Ganjaran.
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai Adam.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita;
Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai kekasih,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu permata yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bulan yang bersinar,
Untuk itu,
Aku tinggalkan dirimu pada-Nya,
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...