Tuesday, November 2, 2010

WITHOUT YOU - by SAMI YUSUF


Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen

Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?

I'd use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee

So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You
Read more...

WHO IS THE LOVE ONE - by SAMI YUSUF



Who is the Loved One? Allah
Who is Ar-Rahman? Allah
Who is al-Mannan?

Chorus
La ilaha illa Allah
Muhammadun Rasulu Allah,
Muhammad is the Messenger
To Allah is our return
La illaha illa Allah
Muhammadun Rasulu Allah (2)
Allah; Allah;
Allahu Akbar (2)
All praise is due to
The One and the Only
He is the Master
Of all creation (2)
He’s the Sustainer
And the Maintainer
Of the whole universe

Chorus
He gave us life
He gave us light (2)
He sent to guide us
Rasula Allah
Allah
Rahmanun Jabbarun Mannanun Tawwabun Karim
Allah
Ghafurun Raufun Saburun Shakurun Halim
[Some of the names of Allah]
Who is the Loved One? Allah
Who is al Basir? Allah
Who is al Khabir?

Chorus
Any one who fails
To see all the signs
Of His existence
That He has spread around

Will be completely blind
Walking in the desert sands
Having no peace of mindWho is the Loved One? Allah
Who is al-Majid? Allah
Who is al-Hamid?
Chorus
Read more...

Monday, November 1, 2010

Sesuatu yang baru...

Best la benda tu..aku nak cubalah....

Nape kita nak sangat mencuba sesuatu yang baru kita lihat dan menarik perhatian kita??? Pernahkah kita terfikir kesannya daripada kita mencuba sesuatu yang baru itu?? Membazir masa dan wang...

Sebab kita tahu..kita ada potensi untuk melakukan sesuatu tu..ya..setiap kita berpotensi. Berpotensi untuk melakukan sesuatu yang baru yang bakal mengubah corak kehidupan kita.

Andai kata sebelum ini kita hanya tau meng'eksplore' blog-blog orang lain, apa kata kali ni kita pula sediakan blog kita sendiri. Belum cuba belum tau..dan jgn la takut mencuba sebab kita masing-masing mempuyai POTENSI DIRI...kan kita diciptakn olehNYA dengan sebaik-baik kejadian.. =)

KATA-KATA PAKAR MOTIVASI ALIAS HJ MUDA (mypotensi.com)

Untuk berjaya didalam kerjaya atau apa sahaja yang dilakukan didalam kehidupan seharian kita perlu berusaha secara berterusan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini dengan meningkatkan diri kita didalam tiga perkara.

1. Menambah Ilmu Pengetahuan (tahu apa)
2. Mempelbagaikan Kemahiran (tahu bagaimana)
3. Merubahkan Sikap Kearah Yang Positif (tahu kenapa)


Jadi,mengapa kita takut tuk mencuba?? Tak mahukah anda memperbaiki diri anda menjadi lebih baik hari demi hari??

Ayuh kita lakukan sesuatu..tp igt..'sesuatu' itu hendaklah yang baik di sisi ALLAH swt dan tidak melanggar peraturan alam... =)
Read more...

Makluman!!!

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...

Untuk makluman semua pelawat...

Maklumat jualan kerepek yang ada dalam blog ini telah saya pindahkan kepada BLOG yang baru...

Untuk melihat produk yang saya sediakan..sila lawati

http://www.adlinskerepekshoppe.blogspot.com

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada kedua-dua blog saya ini..insyaALLAH
Read more...

Wednesday, August 4, 2010

10 SIFAT MAZMUMAH

1. Syarrut ta‘am (banyak makan)
a)Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
b)Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan
lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada
menunaikan ibadah dan zikrullah.
c)Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada
lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.

2. Syarrul kalam (banyak bercakap)
a)Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
b)Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.

3. Ghadhab (pemarah)

• Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.
• Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.
• Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.

4. Hasad (dengki)

• Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
• Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
• Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

5. Bakhil (kedekut)

• Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
• Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala.
• Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.

6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)

• Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
• Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
• Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)

• Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
• Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
• Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
• Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.

8. Takabbur (sombong)

• Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
• Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.
• Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

9. ‘Ujub (bangga diri)

• Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
• Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
• Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)

• Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
• Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
• Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...