Tuesday, October 16, 2012

MENCARI ILMU YANG TAK PERNAH BERAKHIR

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WBT

"Dah lama ke Puan kerja?" tanya staf baru yang melaporkan diri.
"Baru lagi. Dalam 5 tahun"
"5 tahun!? Lama tu Puan. Mesti dah banyak pengalaman Puan dapat" tambah staf tu lagi.
Banyaknya tahun tu tak menggambarkan banyaknya pengalaman yang dikutip. Boleh dikatakan sepanjang 5 tahun bekerja ni, ilmu berkenaan bidang kerja ni baru beberapa kerat dikutip. Ilmu yang benar-benar berkaitan.

Bukan mudah untuk seorang yang dahulunya belajar bidang sains hendak melakukan tugas dalam bidang 'bisnes'. Segalanya perlu bermula dari lantai yang terbawah. Bawah lagi dari basement..UG (underground) kot.


Kalau nak diikutkan, tahun pertama perlu bertumpu kepada belajar tentang 'bisnes'. Lepas tu barulah boleh memikul tugas berkaitan. Tapi bila dah bergelar PEKERJA, belajar dan bekerja perlu dilakukan serentak. Kalau tak, pasti kerja-kerja banyak terbengkalai.


Sebab tu lah walaupun dah 5 tahun berkhidmat, saya tak putus-putus mencari ilmu dan memohon kursus yang berkaitan bagi membolehkan saya menguasai tugas yang diberikan.


Seronok menjadi 'multitasking'. Masuk dalam bidang sains pun boleh buat kerja. Dicampak ke bidang 'bisnes' pun boleh buat. Yang penting kehendak diri untuk terus MENCARI ILMU YANG TIDAK PERNAH ADA AKHIRNYA.


Semoga ALLAH SWT memberkati tugasku ini. Demi mencari sesuap rezeki yang halal. Amin

Read more...

Monday, July 23, 2012

DUGAAN ITU PENGHAPUS DOSA

Bismillah hirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Dah lama agaknya meninggalkan dunia blog ni...kesibukan yang melampau menyebabkan diri ini terpaksa melupakan seketika niat untuk mencoret sepatah dua kata untuk dikongsi bersama demi kebaikan dunia dan akhirat...



DUGAAN...

Tiada siapa yang meminta masalah datang ke dalam hidup mereka. Tapi kita lupa, kita diduga kerana ALLAH swt sayangkan kita...mungkin tanpa dugaan itu, kita akan terus leka dan lalai dalam dunia yang fana ini...

Cuba kita fikir, kalau kita asyik melayan kekayaan dan kebahagiaan milik kita sehingga melupakan segala suruhanNYA, pastinya kita akan terus dan terus hanyut dengan kehidupan yang membelakangi pencipta kita. Bila kita diduga contohnya dengan kecurian atau kesakitan, pasti sekurang-kurangnya sekali dalam sehari mulut kita akan menyebut 'ALLAHUAKHBAR!'...'SUBHANALLAH'...'YA ALLAH'...

SABAR => BERJAYA...

Kebiasaannya, orang yang diduga walau dengan hanya sedikit masalah, pasti akan mengeluh, menyalahkan takdir ALLAH swt...pasti akan terpacul dari mulut mereka.. 'TUHAN TIDAK ADIL' , KENAPA AKU ASYIK DIDUGA?',(nauzubillah)...

Susah untuk menghadapi sesuatu yang pahit. Tapi andai kata kita sabar dalam mengharunginya dan sentiasa ingat hari yang mendung tidak akan sentiasa mendung, pasti kita akan berjaya menghadapi dugaan tersebut. Bahkan kita akan dapat merasakan kuasa DOA...kerana apabila diduga,mendekatkan diri dengan ALLAH dan berdoa adalah cara yang terbaik daripada MEMBUNUH DIRI.


Kepada yang diduga dengan PERCERAIAN, KEMATIAN, KEGAGALAN dan senagkatan dengannya, BERSABAR dan BERISTIGHFARLAH....Yakinlah dengan QADA' dan QADAR ALLAH swt.

Read more...

Tuesday, October 18, 2011

Pukulan Bagi Isteri Yang Nusyuz

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM..



Tafsirnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka.”

(Surah an-Nisa: 34)


1. Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama.

2. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.

3. Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala

Tafsirnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah)mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

(Surah an-Nisa: 34)

4. Walaupun suami dibenarkan untuk memukul isteri, namun Islam juga memberi garispandu tentang cara memukul agar pukulan suami tidak mendatangkan mudharat kepada isteri, iaitu suami tidak boleh memukul isteri dengan pukulan keras, tidak boleh memukul pada wajah dan pada anggota-anggota isteri yang mudah cedera.

5. Tujuan pukulan tersebut adalah bagi maslahah suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat semula kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidak perlu.

Read more...

Hari Memperkasakan Diri

BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM...



Last post aritu bulan Mac, sekarang ni dah bulan Oktober...mana menghilang??

6 bulan tak menulis bukan bererti nak berhenti terus. Kesibukan kerja dan komitmen kepada buah hati anugerah ALLAH swt lebih diutamakan.



Bulan Jun lalu terdengar iklan dalam Suria FM tentang 'Hari Memperkasakan Diri'. Macam best je program tu. Terus Ila buka website Suria FM, mencari info tentang program tersebut. Rupanya yang mengendalikan program tu DJ Lin. Beliau sendiri akan share pengalaman sebagai ibu tunggal bersama ibu-ibu tunggal yang lain.

Tergerak hati untuk join program ni..selang beberapa hari terus dapat surat jemputan. Tapi sayangnya tak dapat pergi sebab kena hadiri mesyuarat yang lebih penting..Sehari selepas program tersebut, Harian Metro keluarkan artikel mengenai program tu. Oh, terasa sangat rugi sebab di sana lah peluang untuk mendengar pengalaman dari rakan senasib. Cukup dengan membaca artikel perkongsian tu buat Ila menitis air mata.

Merasakan diri sudah cukup malang, tetapi masih ramai ibu-ibu tunggal di luar sana yang lebih menderita hidup mereka sebelum bergelar ibu tunggal. Dulu, ibu tunggal sering dilabel dengan pelbagai panggilan negatif dan sering dipandang hina masyarakat.Sehinggakan isteri-isteri sanggup mengorbankan diri, terus-terusan menjadi mangsa, semata-mata kerana tidak sanggup bergelar JANDA.

Ila akui, peringkat permulaan bergelar ibu tunggal, memang terlalu banyak dugaan yang diterima. Namun selepas tiga tahun menjalani hidup bersama buah hati tercinta, alhamdulillah kekuatan yang ALLAH swt berikan, ditambah dengan sokongan padu baba mama dan keluarga, buatkan Ila tabah meneruskan hidup. Syukur alhamdulillah kerana mendapat pekerjaan yang dapat membantu dalam menampung keperluan kewangan hidup bersama anak tersayang.

Terbaca artikel tulisan alongwairnazz, JODOH KETENTUAN ALLAH SWT. Sangat bagus. Artikel tu Ila print dan lekatkan di dinding pejabat dan bilik. Sebagai kata-kata nasihat agar diri tidak terus hanyut menangisi ujian yang ALLAH swt berikan.

Semoga diri ini sentiasa dan terus tabah dalam menghadapi hidup mendatang. Sesungguhnya ujian ALLAH swt itu adalah pengalaman berharga bagi mereka yang tabah dan sabar menghadapinya.InshaALLAH..


Read more...

Monday, May 30, 2011

Kasih Sayang Kerana Tuhan



Oleh : Hasnul Jamal Sulaiman

Kasih Sayang Kerana Fitrah Dalam Kehidupan,
Mudah Punah Ranah,
Kasih Sayang Kerana Nafsu,
Selalunya Mudah Lesu.

Pecah Belah Pun Berlaku,
Hidup Tiada Bahagia.

Kasih Sayang Kerana Bangsa,
Tidak Sampai Penghujung Mudah Tersadung,
Kasih Sayang Kerana Tuhan,
Lama Bertahan,
Sampai Mati Pun Masih Teringatkan.

Oleh Itu Kalau Kita,
Hendak Tanamkan Kasih Sayang,
Biarlah Kerana Tuhan,
Kasih Sayang Itu Lama Bertahan,
Kerana Selainnya Hanya Tambahan,
Bukan Asas Untuk Berkasih Sayang…



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...